Powered By Blogger

Wednesday, March 31, 2010

UTUSAN MELOYA

Adi ploy popi sayangkan scene kita
Tandas Awam-Seorang vokalis band yang tak terkenal, Adi ploy popi begitu sayangkan scene kita.Beliau ditemuramah dalam rancangan Jongan tahun tahun lepas mengatakan bahawa dia telah dapat banyak tawaran daripada band band Indonesia ketika diIndonesia seperti Dewa91,gigi Jongang,Miskir band dan band Toyo,tetapi beliau menolak keraa beliau hanya akan bermain dengan anak tempatan sahaja kerana senang sikit nak tipu.Malahan baru baru ini ex-member ploy popi yang teleh join band kugiran tepi kubur mengatakan bahawa Adi ploy popi mempunyai perangai yang pelik seperti berpakaian seperti wanita,suka senyum seorang diri serta suka baca majalah KORROW.Bagaimanapun Adi menafikan semua itu kecuali berpakaian seperti wanita(?)-Tengkuran

Abg Lom mahu gelaran Datuk
Rumah Urut-Seorang bos besar majalah muzik dan pancing,Abg Lom yang bersusah payah menaikkan scene indie dalam majalahnya,KORROW tlah membuat demostrasi dirumah urut yang terkenal di KL.Beliau begitu marah kenapa beliau sampai sekrang tak dapat dapat gelaran Datuk wahal dia dah tua serta telah berjaya menaikkan band band indie serti babiface(belia 4b pandai cium awek),salji(band buat masalah)serta dewa19(Kau jangan nak menipulah,Kau kenal ke dewa19?Kau main gitar pun cam tahi anjing ada hati nak kata kau yang naikkan band dewa19)Bagaimanapun polis tak mengambil sebarang tindakan penjara atau gantung terhadap beliau kerana dipercayai Abg Lom kurang waras,oleh itu pihak polis menghubungi pihak rumah sakit jiwa.Abg Lom dibawa ke rumahnya di Tanjung Rambutan-Abg chik;)

Big Mama dapat gelaran tertinggi
Tanah pekuburan-Big Mama yang popular dengan rambut yang besar serta band persis badak sumbu,Rockman Masin Akan menerima darjat tertinggi daripada raja Negara tiwi(Negara yang hanya wujud di Internet;)iaitu darjat yang tertinggi membawa gelaran “Datuk datin seri tiang elektrik dicuri matpet”atau singkatannya DDSTEDMP.Beliau gembira dengan perkara ini dan mahu mengadakan kenduri kesyukuran dengan memanggil artis artis popular seperti Liyana Kemek,Scooin,Babiface serta lain lain lagi.Sebenarnya acara ini adalah acara charity dan setiap ringgit yang didermakan akan masuk kedalam kocek poket beliau untuk membesarkan lagi rambutnya.Apabila ditanya tentang kehilangan enjin kereta control milik Negara,beliau mengatakan bahawa”kalau dah hilang tu,apa lagi beli yang barulah,kalau duit tak cukup naikkan sahaja yuran sekolah,abis cerita”katanya walaupun tahi lalatnya telah tercabut-Mona Gedik


Rekod baru dicipta oleh Universiti-kentut secara beramai ramai tanpa henti
Pasar Gedik-Sebuah universiti disini,Universiti Namanya Dirahsiakan(dah nama dia cam gitu),UND telah berjaya membuat rekod dunia yang baru iaitu kentut secara beramai ramai tanpa henti.Rekod ini dibuat untuk menjayakan gagasan 1Malas serta menambahkan lagi koleksi rekod rekod di Universiti.Antara rekod rekod yang pernah dicipta oleh UND seperti menonton drama gelek khas tanpa mengantuk,mendengar lagu ina naim tanpa henti,memakai rambut palsu persis davil arumugan selama seminggu serta memakai baju”saya sayang kambing saya selama sejam”.Menurut pihak UND,para penuntut akan diberi makan ubat kentut terlebih dulu untuk meningkatkan prestasi kentut mereka.Acara itu dimulakan dengan makan makan minum minum serta membodek kerajaan.Ketika acara dimulakan,ramai penonton yang kagum dengan acara ini serta ketawa tak henti henti.Menurut penonton yang bernama omar(sah nama sebenar)mengatakan bahawa beliau sanggup datang jauh dari singapura semata mata mahu melihat acara ini.Pihak UND begitu gembira kerana berjaya mendapat publisiti murahan serta satu kejutan bahawa mendapat satu lagi rekod dunia,iaitu penonton ketawa tak henti henti.Para penuntut yang terlibat dalam acara ini diberi cuti seminggu untuk merawat urat kentut mereka diklinik 1Malas-Brat Pig

Akhirnya siap juga zine aku



Yahoo,zine yang ditunggu oleh warga Malaysia,Indonesia dan singapura dah keluar,Hitam Putih Funzine.Aku sampai terkeluar air kentut bila berjaya menyiapkan zine ni.Tapi tak berapa menyengat sangatlah isu kali ini.Aku buat dalam masa 5 hari je zine ni.Bukan nak berlagak tapi dah kenyataan kan.Aku buat zine ni bukan kerana nama(tapi duit;)Tapi yang aku bikin sakit kepala dengan sikap band band yang beriya iya nak balas iv aku tapi tak sendsend jawapan,sampai aku dah lupa nama band tu.lain kali kalau tak nak balas cakap tak nak balas,aku bagitahu Nas Ahmad kan,mesti dia terjah rumah ko,biar malu muka korang.


Cakap pasal zine ni aku mula nak buat zine seram pula,namanya serem.Aku tengok scene zine kita perlu anjakan parabola untuk maju.Biar berwarna skit scene kita.Aku dah buat perancangan untuk buat cerpen seram dalam zine aku nanti.Kebarangkalian mungkin aku buat pro-zine,ada kaler kaler skit.Fikir fikir pasal nak buat zine serem,mulalah timbul nak buat filem indie.Filem indie pasal citerciter seram.Ada 5cerita dalam satu filem.Amacam best tak?Tapi masalahnya kos,parapelakon dan kru takde.Mungkin nanti aku buat gak,tengah cari member member yang berminat nak buat citer ni

Tuesday, March 30, 2010

Utusan Meloya

Babiface terima anugerah belia tak boleh harap(HAPRAK)
Kuala Lumpuh-Band belia paling bengong,babiface menerima anugerah belia tak boleh harap(HAPRAK)oleh kementerian pendidik ikan.Menurut frogman band itu,Sami menjelaskan beliau tak sangka dengan anugerah ini dan berharap akan meneruskan agenda jahatnya bersama bandnya.Kementerian menjelaskan anugerah ini diberi kepada band ini kerana lagu band ini tak best,suka mencarut,tersebarnya gambar sami mencium aweknya dan kerana mereka bodoh.Menurut abang Lom dari majalah KORROW,beliau begitu kagum dengan band ini kerana tanpa dia,band ini tak berjaya..”kalau saya tau mereka ini dapat anugerah,dah lama saya join band ini,sami tu boleh jalan”katanya lagi.Mereka kini sedang hit dengan lagu extramayatan dan mungkin akan belakon dalam filem yusuf Tahyul iaitu gelek khas.Yusuf Tahyul bagaimanapun menjelaskan beliau tak ingin mengambil band ini belakon kerana anaknya sudah booking untuk jadi watak utama.Album babiface sudah berada dikedai kedai nombor dan rumah mayat-bernenek

Restoilet memperkenalkan silat 1hardcore
Sungai Plastik-Band hardcore jambul kiut,Restoilet melakar sejarah apabila mencipta satu seni silat yang dinamakan silat 1hardcore.Silat ini mengambil inspirasi daripada balet,shuffe,caca,cacat,poco poco dan tarian orang gila.Menurut berukman band ini,Maji berkata beliau mencipta silat ini untuk membuktikan band hardcore boleh menari seperti group superjunior.Menurutnya lagi tarian ini dinamakan silat 1hardcore kerana ingin mendapat publisiti daripada pihak kerajaan mahupun swasta untuk mendapat penaja.Manalah tau lepas ni dapat perfom sekali dengan super junior. Ijad,vokalis slumberland berkata”oh”apabila pihak Utusan meloya bertanyakan komen beliau tentang silat 1hardcore.Menurut pihak sabun bressss,kami ingin mengambil frogman band restoilet menjadi duta sabun kerana wajahnya mirip jamban kerana sabun bressss ialah sabun cuci jamban.Menurut pihak Aswekra,mereka tidak akan membenarkan restoilet mengadakan persembahan didewan Aswekra kerana terdapat unsur2 yang kurang sesuai dalam persembahan restoilet.Menurut ketua Aswekra,beliau terpaksa buat begitu kerana selalu dengar orang mengumpat tentang persembahan Restoilet.Tambahan lagi frogman toilet pernah mengatakan bahawa muka saya cam Farid kamil,Padahal muka saya cam Farid Kambing”katanya lagi-Muka muke

Fakta dan auta tentang Farid

1-Suka anak patung,tiap malam mesti peluk anak patung
2-seorang yang romantic,suka merendahkan orang,suka tulis dan sayangkan haiwan
3-tak makan telur tapi makan roti telur(?)
4-Suka buat lawak,tengok citer lawak dan hahahaha
5-Suke lagu jazz,Indonesia pop,thrash,scremo,pop,
6-Impian nak main sepentas dengan La Luna
7-dulu suka tengok gusti,sekarang tidak lagi
8-suke beli kaset dari cd
9-Suka lukis seprti band2 ,poster filem,lawak kurang ajar dan lain2
10-muka cam budak 12tahun
11-tak suka tengok haiwan kena dera,sian awak
12-suka baca buku cinta,politik,komik dan lain lain
13-tak suka tengok berita ditv
14-Nak tubuhkan band goth
15-suka fesyen goth,retro dan thrash
16-suka buat rambut style mangkuk
17-selalu ditinggalkan awek bila bercinta
18-tak suka awek bijak yang sombong
19-suka tengok anime anime yang kelakar dan ada unsure siasat2
20-Nak terbitkan filem sendiri
21-suke pompuan muka cam budak kecil(kiutlah katakan)
22-Tak suka khemah2 dan dudukdalam hutan
23-tak suka bersukan
24-suka main yoyoy
25-dulu boleh rap,sekarang tidak lagi
26-suka tengok orang baca puisi
27-Takkan pergi gig yang penuh dengan orang(tak suka himpit2)
28-Tak suka pakai baju mahal mahal
29-tak pandai naik basikal(basikal 3roda boleh kot;)
30-Selalu jumpa hantu tapi tak pernah takut
31-Tak suka tengok drama romantic melayu
32-suke tengok filem remaja,road movie,komedi,seram,politik
33-Suka kritik filem filem yang ditonton
34-Suka main game2 adventure cam Zelda
35-boleh cakap dalam bahasa perancis(ini buktinya,perancisssssss)
36-anak bongsu yang manja
37-Tak suka band hujan(dulu suka)
38-Nak jadi yang berhormat untuk tempat aku
39-suka benda free
40-nak jadi lawyer sebab cool
41-suka jalan cepat(sebab nak cepatlah)
42-Akan trauma bila ada awek cakap aku bodoh
43-Suka duk dalam rumah dari merempit(aku mana reti naik motor)
44-suka main facebook,myspace dan tengok facebook.
45-Tak biasa makan nasi pakai tangan.biasa pakai sudu(aku orang putih kot)
46-tak suka umno
47-Suka makan banyak tapi xpernah gemuk
48-Suka sebut perkata2 yang pelik(cth cibu2,une une,ole ole)
49-seorang yang suka mandi(5kali sehari;)
50-yang penting aku hensem

Saturday, March 27, 2010

Best ni


Aku suka karya nam ron

Cakap tak serupa bikin

Ahhhhhhhh aku yg bersungguh2 nak tutup lampu tapi xtutup gak,malu aku

Hardcore bagus

Azman Ali:amboi amboi amboi,bersama saya Azman Ali dalam rancangan hardcore
bagus.Rancangan ini adalah satu battle antara band2 hardcore.sebelum itu
kita berkenalan dengan juri juri utama.Juri pertama ialah ijad,vokalis
wanita bagi band mangkuk jamban.Macam mana pandangan anda tentang battle ini?
Ijad: oh
Azman Ali:Ah itu dia,begitu membina pandangan dari beliau.Juri kedua ialah abg chi
dari band second buncit,how you feel toninght?
Abg chi:I feel gooddddddddddddddddd
Azman Ali:oklah cukuplah tu.mari kita mulakan peserta pertama dan satu2nya peserta
rancangan ini iaitu restoilet.
restoilet:ok,arggggggggggg ah argggggggggggggg aku cinta kamu arggggggggggg
Azman Ali:oh itu dia lagunya,sampai menangis saya,apa kata juri
Idad:oh
Azman Ali:ah itulah dia komen dari beliau,cukup bernas,abg chi sila komen
Abg chi:ko punye feel blues tu takde,patutnya kau keluarkan feel tu.tapi jangan
sampai terlari feel tu,kalau lari kejar,kalar kejar dengar lagu aku.
Azman Ali:Memang bernas komen abg sampai saya xpaham

Friday, March 26, 2010

Tutup lampu semua


Aku nak tutup lampu malan ni.Korang jangan tak tutup pula.Sian dekat bumi ni,korang tahu makan berak je.Apa salahnye buat amal sama bumi

Wednesday, March 24, 2010

Dah naik bosan(takde keje ni)

Ah bosan deh,keje takde.asyik main komputer aja.Biasalah rocker cam aku ni memang malas nak cari keje.Zine tak siap siap lagi.Mak aku dah naik menyampah tgk aku dirumah.

gila tu diorang ni,lawan drum

Sunday, March 21, 2010

TOLONG SAYA SIAPKAN ZINE

aduh zine aku xsiap2 lagi,ada sapa2 ada artikel2 utk zine saya?nanti aku send zine free kalau dah siap

Sunday, March 7, 2010

sapa ada dvd detroit metal city

sinari hidup ini dengan api kejahatan

video ingat kenangan


bila tgk video ni ,ingat time aku minat hujan,ijad,geng ranger dan lain2

Thursday, March 4, 2010

Final raja lawak 4

Dah tahap membosankan

Aku masih menantikan result spm yang akan keluar bila2 masa je.Aku pun dah nak berkulat duk rumah tak buat apa apa.malam ni cam panas semacam aje.rasa nak tidur bogel ajelah.kipas ni dah tahun bila agaknya(barangkali tahun kangaroo kot).Dulu masa lepas abis spm aku ingat nak tubuhkan band jazz,indo pop bervokaliskan wanita tapi kat sini mana nak dapat budak pompuan yang sejiwa dengan aku,semuanya cam keren je.Nak tubuh band ni cita2 biasa bagi remaja cam aku ni biasa mat trend ikut apa je apa org lain buat.Tapi tak jadi juga.Entah apa nak jadi dengan aku ni.Aku kalau boleh nak jadi pelakon,tak kisah watak apa pun janji ada jiwa remaja,agresit dan berani.Kau mesti kata aku lebih lebih pula kan tpi nak buat cam mana dah tu aku suka.Aku tak kisah kalau jadi pelakon ni gaji ciput ke,selalu kena tipu ke apa ke janji aku suka kan.Malam ni aku rasa nak nyanyi pulaye nak nyanyi lagu la luna pula,cinta datang dan pergi bagai rembulan yg menghilang saat pagi menjelang. cinta datang dan pergi bagai malam…..

Nasib kaulah Nabil


Apa nak jadi dengan nasib juara raja lawak 2,nabil ni agaknye,tak abis abis masalah timbul.sekarang ni mamat ni dah kena saman 2juta sebab buat kenyataan buruk tentang filem sendiri,Lu pikirlah sendiri.Apa banganglah mamat ni buat komen buruk pasal filem sendiri,kalau ye pun komenlah lepas tayangan filem tu ke.Cam ralat pula aku rasa bila susah susah aku promo filem tu dekat myspace tapi pelakon filem tu sendiri cam malas nak promosi.Cam mana filem tu nak box office(tapi hakikatnya filem tu agak mengelirukan)Filem lu pikirlah sendiri ni cam banyak kontrolversi je lebih tapi promosinya cam kurang je.Tak tahu pula kutipan filem ni tapi mesti sikit punye lebih lebih lagi dah banyak akbhar2 tempatan yang komen buruk pasal filem ini.Tapi satu pujian jugalah banyak artis2 jemputan yang ada dlm citer tu.apapaun carilah 2juta tu ye encik Nabil.

Wednesday, March 3, 2010

Jadikan kecik raja lawak 4



jom undi kecik

gua seronok betul.

aku suka bila manusia ni suka sesama manusia

bila cakap lelaki,perempuan mesti pasal cinta..sumpah aku tak faham kenapa macam tu pula.biasanya itulah cinta..biar betul betul suka sama suka.Tapi orang lain yang ingin rasai apa itu cinta.sorry ye,beb.gua tak suke abang,kakak,mak cik atau apa2 yang kecewa.ingat lagi entri lelaki yang ketagih utk bercinta?tu gua sedeh dekat lelaki.tapi perempuan memang racun dunia.Kadang kadang diorang suka memecah belahkan kaum lelaki.Perempuan Yang menjadi penyebab peperangan.tak gitu wahai gadis dari kulai?.Apapun baik gua layan lawak kecik.

Indie atau apa?

Aku sekarang dah bosan dengan indie indie ni.Tiba tiba cam jadi satu trend pula.Aku heran juga dengan mende ni jadi kegilaan pula.Ingat pula dulu dulu layan band independent mesti kena kutuk(time tu af menganas)time tu aku rasa cam terangsing je.Nak cari ep dgn t-shirt band-band ni susah.Nak bankin tak reti biasalah budak hingusan.Tapi sekarang cam tu juga,terangsing.Dulu budak yang gila lagu jiwang tiba tiba jadi indie,fuh dapat awek pula tu.Aku bukan nak jadi glamer apa sebab aku dah lama layan indie indie ni namun kecewe dengan sikat manusia cam gitu.Aku pernah kena gelak pasal layan komplot,hujan,bittersweet.Kata diorang entah apa apa.sekarang ni dah terbalik.Aku pula tak layan band band ni,lebih lebih lagi hujan.Bagi aku diorang ni tak ubah cam rock star yang mempengunakan orang lain untuk berjaya.Lagi satu diorang dah macam lupa diri aje(aku dengar banyak lagi ranger2 hujan dah tak jadi ranger)dah tak pandang dah gig kecik kecik ni.biasalah rockstar,gig kecil panaslah,murah pula payment dia.Ni aku lebih lebih pun bukan diorang layan pun.Berbalik kepada citer cam satu kebanggaan pula jadi mat indie ni ye.Apa yang best pun aku tak tau,tau ke tidak apa tu indie.Dah jadi mat rempit tu jadi mat rempit ajelan,ni nak menyibuk juga.Memang dasat mat poser sungguh.Sedap betul aku berkata ye,suka hati akulah ni blog aku.

Alam Lain

Pernahkan anda merasa satru pengalaman yang menyeramkan apabila mendengar sesuatu lagu.Ye saya pernah ketika melayan lagu berentak dark ambient.Aku ingin berpesan jangan cuba layan lagu cam gitu kalau tiada tahap keberanian yang tinggi,dikhuatiri akan mengakibatkan tak boleh tido.Dulu kalau tak silap masa nak mula2 layak lagu2 dark ambient ni mesti tak boleh tido malam malam.Yelah rentaknya yang menyeramkan.Entah sapalah yang cipta genre muzik ini,mesti beliau ini sedara dengan setan,hantu,jin atau apa apa je.Namun sejak akhir2 aku macam ketagih pula layan muzik ini mungkin saya ini hantu yang ketagihkan cinta seorang wanita yang sombong ataupun takdir saya untuk menjadi bomoh?Ahhhh bosan pula cakap mende mende gini.

Playlist


Aku sejak menja ni layan abis dengan band dari Indonesia,LA luna.Aku bagaikan melayang dikala melayan lagu diorang.Biasalah orang yang tak kenal erti cinta macam aku ni mesti selalu dahagakan belaian seorang wanita.So sapa sapa yang minat dengan band La luna ni juga,just call me ye.

Filem remaja



Ini lagi tulisan aku yang entah apa apa.Aku pun dah naik bosan layak filem remaja dekat Malaysia ni macam sial je.Itulah pasal aku lebih layan yang luar punye.Filem remaja Malaysia cam lapok,ketinggalan,klise dan bodoh.Cam contoh cinta fotokopi,main2 cinta,dan beberapa tajuk yang entah apa apa.Kebanyakan penonton setuju bahawa punca filem remaja Malaysia ialah pelakonnya.Ye pelakon yang tidak ada cirri cirri remaja.Pernah seorang hamba Allah marah marah aku pasal aku kutuk filem kami.MAmat indie ini mengangkat setinggi tinggi filem itu.Saya kutuk file mini kerana jalan cerita yang meleret leret,watak watak yang tak penting wujud,serta ketidakremajaan para pelakonya.Bagi aku watak watak citer ini terlalu “sopan” walaupun tagline citer ini agak kasar.Selain itu agak tengok filem2 cinta remaja mesti ada watak gendik,cinta terhalang dan watak yang hodoh.boringlah cam ni.Itu aje kot aku nak tuliskan memandangkan aku masih pening lagi.Yang penting filem yusuf Haslam memang tak best


Superhero Malaysia=cam bodo

Fulamak dasat betul tajuk blog pertama aku ni.Entah tiba tiba nak tulis pasal mende gini.Aku mulanya malas nak tulis pasal superhero2 Malaysia ni namun cam best jek kalau kutuk kutuk ni.korang rasa citer superhero kita ni best ke?Ada tak superhero kita yang korang minat?Aku tahu mesti takde punya.superhero kita macam lemah,layu,mandul,lembik dan bodo.Korang ada layan tak kapten kit?Macam ba(bila ini harus berakhir).kebanyakan tidak reti buat citer,tau nak untung je.Aku rasa lebih baik dorang bikin balik citer citer dalam majalah komik dekat Malaysia ni.Aku rasa banyak yang best,kool,menarik dan sedap.diorang ni langsung tiada daya imaginasi yang tinggi.Diorang layak buat citer2 yang cikai saja.Mereka memang dilahirkan untuk tiada bakat.Siapa mereke tu?Entah aku pun dah macam hilang punca

Mukadimah


Assalamualaikum.ini adalah tulisan pertama aku untuk blog aku ini.Aku baru sahaja mula nak jinak jinak dengan blog blog ni.Entah apa hantu yang rasuk aku utk buat blog ni.Apapun kalau ada masa komen ye.Blog aku ini aku rasa nak tulis pasal personal,politik,filem,ekonomi,wanita dan ehem ehem.Fuh banyak betul tu tapi best sangat ke aku?Aku bukan nak belagaklah tapi setakat tulis tulis ni makanan aku je.Masa aku dilahirkan fuh aku terus menulis,terkejut beruk bidan tu.Bak kata orang bakat semula jadi.Eh dah macam belagak pula tapi itulah kenyataan.Cita cita aku nak jadi peguam,penulis skrip,pengarah filem dan ahli politik.Bagi aku pengarah filem kat Malaysia ni cam cikai je.Kalau tak reti mengarah filem jangan jadi pengarah.bodo tul.Lupa pula nak bagi tau nama,aku Farid aka xrantarox.So komen2 ye blog saya.Manalah tau mungkin2 nanti saya jadi pengarah terkenal ke,ahli politik ke,model ke.